AKU rasa ramai di antara kita yang suka baca komik kenal dengan komik di atas ni. Komik Alam Perwira karya pelukis Hong Kong, Tony Wong ni cukup popular dalam pertengahan hingga akhir tahun 90-an dulu. Selain Alam Perwira, karya Tony Wong lain yang turut popular ialah Jejak Wira, Anak-Anak Wira dan Dewata Raya. Ini termasuk Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama. Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng. Ketika komik ni mencetus fenomena dulu, aku masih lagi sekolah rendah kat Raub. Tak salah aku daripada beribu-ribu student lelaki yang duduk di sekolah atau universiti, hampir 90 peratus gilakan komik ni!
Komik yang saya baca pertama kali itu Kungfu Boy karya Takeshi Maekawa. Saya memang sangat mengidolakan komik-komik karya Tony Wong. Kira kalau baca komik ni rasa macam. Kong iaitu Tony Wong. Komik ni mengisahkan 2. Iaitu Tony Wong. Tony Wong memang mantap sebab karya lukisan.
Tapi tukang belinya tak ramai, tukang baca dan tukang pinjam paling ramai. Aku tak pernah berada dalam kategori tukang beli masa tu, tapi aku cukup arif dengan komik-komik tu. Secara kebetulan, masa aku sekolah dulu clasmate aku suka bwak komik ni ke sekolah untuk di baca secara mencuri2 di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar.hikhik. Jadi kelas aku tu penuhlah dengan macam-macam komik dan tentulah menjadi port budak-budak untuk lepak sambil baca/pinjam komik tu hampir setiap masa dan setiap hari! Aku ingat lagi kalau si Din balik bawak komik Hong Kong issue terbaru setiap minggu, kitorang yang ada dalam bilik darjah masing-masing berebut nak ambil turn selepas dia! 'Aku nombor dua!'
'Aku nombor tiga!' .Dan seterusnya.
Sapa cepat dia dapat. Bukan budak-budak bilik darjah aku je tapi jugak bilik darjah lain yang sibuk tumpang baca komik-komik tu. Ada yang sementara nak ke bilik air, singgah kat bilik darjah aku dulu baca komik. Syaratnya baca kat situ je, bawak balik jangan! E3 Series Software Cracked. Fenomena komik Hong Kong ni buat kitorang betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya.
Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular. Walaupun popular, tapi bagi aku komik ni sebenarnya kelakar. Bukan kelakar apa, tapi sebab apabila ia ditranslate ke Bahasa Melayu, susunan ayatnya yang kadang-kadang skema dan overbuatkan ia jadi kelakar! Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi. Aku tak tau la sapa punya idea ni tapi kadang-kadang macam entah hapa-hapa! Ia juga banyak menggunakan perkataan aura dalam hikmat-hikmat pendekar tu.